loading...
loading...

Cara Sujud Sahwi Bila Terlupa Rakaat Dan Doa Qunut. Jom Baca, Tambah Ilmu



Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.

Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat ab’ad  seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’dengan sengaja kerana tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’juga. Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا  atau الاغلبية (kebiasaan pengunaannya).


‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan terlupa.


Dari Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu anhu, dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.

“Jika salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”

(Hadis Riwayat: Muslim, Abi Dawud, An-Nasa’I r.a.)


Menerangkan tentang lupa di dalam solat, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ، فَإِذَا نَسِيْتُ فَذَكِّرُوْنِيْ.

“Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa seperti kamu. Aku lupa sebagaimana kamu juga lupa. Jika aku lupa, maka ingatkanlah aku.”

[Sahih: Shahiihul Jaami’ush Shaghiir (no. 2339), Irwaa’ul Ghaliil (no. 339).]


Hilkmah dilupakan Baginda SAW oleh Allah Ta’ala adalah untuk menjadi pengajaran dan panduan bagi umat Rasulullah SAW.


1.  Diharuskan Sujud Sahwi

‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila berlaku perkara seperti:

1.  Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.

2.  Lupa membaca Tasyahud Awal.

3.  Tertinggal selawat untuk Nabi Muhammad SAW pada Tasyahud Awal.

4.  Terlupa membaca Surah Fatihah pada rakaat pertama atau kedua.

5.  Menambah rukuk atau sujud kerana kelupaan,

6.  Ragu atau menambah bilangan rakaat solat dan sebagainya.

7.  Tertinggal Doa Qunut (Qunut Solat Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).


2.  Cara Melakukan Sujud Sahwi


‘Sujud Sahwi’ adalah melakukan dua kali sujud pada penghujung rakaat yang terakhir dan hendaklah berniat untuk melakukannya sebelum sujud;

  1. Sesudah Tahiyyat Akhir dan sebelum salam. Bersujudlah sambil mengucapkan takbir “Allaahu Akbar” dan dalam sujud membaca:


  2.  Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.

  3.  Sujud lagi sekali dengan mengucap takbir, lalu membaca tasbih sujud seperti no. 1.

  4.  Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).

  5.  Akhirnya beri salam ke kanan dan kiri.

3.  Permasalahan

Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:

a)     Jika teringat ketika sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam kerana perbuatan telah bertambah.

b)     Teringat ketika dalam proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.

c)     Sekiranya teringat tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.

d)      Disebabkan kesalahan rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.

Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallamtelah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.”(Hadis Riwayat: Ibnu Majah, Baihaqi dll.)


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...