loading...
loading...

Banyakkan berdoa kepada Allah di Akhir Malam




الحمد لله رب العالمين، وصلى الله وسلم وبارك على عبده ورسوله، نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,

Penulisan kali ini merupakan pengalaman saya sendiri iaitu tentang seorang hamba yang memohon kepada Tuhan Sekelian Alam. Ini merupakan satu pengalaman yang saya alami sendiri supaya ia dapat memberi semangat kepada anda semua sentiasa tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah Azza Wa Jalla.

Pada akhir-akhir bulan ini, saya telah diuji oleh Allah S.W.T.  Dan kemungkinan besar disebabkan solat saya yang tidak dijaga khusyuknya. Apabila dapat gaji sahaja, tiba-tiba sahaja tayar motosikal rosak, spoket sudah haus, lesen perlu diperbaharui dan macam-macam lagi. Dan saya merasakan satu suasana yang sangat sempit, terdesak dan berasa amat lemah. Tetapi saya kuatkan semangat saya dengan kalimah لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ (Laa haula wa laa quwwata illa billah). Dan seperti biasa juga, saya tunggu hingga ke akhir malam untuk meminta bantuan kepada Tuhan Yang Maha Pemurah kerana hamba-Nya ini sangatlah memerlukannya.

Sedikit sebanyak tentang saya adalah, saya tidak suka meminta bantuan orang lain kerana saya malu untuk meminta selain daripada Allah Ta’ala kecuali jika keadaan amat terdesak. Jika tidak dalam keadaan terdesak, saya hanya akan bersabar dan meminta kepada Allahsahaja. Kerana jika saya meminta bantuan secara langsung daripada hamba-Nya, ia ibarat seperti saya meminta bantuan kepada selain-Nya. Dan ini sangat menakutkan saya.

Saya belajar akan ilmu ini melalui para alim ulama seperti Imam Shafie’ kerana pergantungan beliau Kepada Allah S.W.T semasa menuntut ilmu sangatlah hebat dan luar biasa. Beliau berhijrah ke Madinah tanpa sebarang bekal daripada ibunya kerana kemiskinan yang melanda mereka sekeluarga. Namun, Imam Shafie’ tidak pernah mengeluh dan tetap meneruskan perjalan dengan tawakal yang sangat tinggi kepada Allah. Disebabkan itu, Allah S.W.T. sentiasa menolong beliau semasa menuntut ilmu.

Jika anda berkelapangan, saya syorkan anda supaya membaca kisah-kisah bagaimana Imam Syafie menuntut ilmu dan anda pasti akan berasa kagum dengan kecekalan hati Imam Syafie’ ini. Beliau merupakan seorang yang sangat miskin tetapi sangat suka berhijrah menuntut ilmu. Dan setiap kali beliau mahu berhijrah, pasti akan ada sahaja sahabat yang akan memberi bantuan kepadanya sama ada daripada segi bekal atau duit tanpa pernah diminta Imam Shafie’ . Dan peristiwa ini membuktikan berserah diri dan bertawakal kepada Allah S.W.T adalah suatu yang sangat menguntungkan. Kerana segala urusan dunia akan dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Tambahan pula,  segala peristiwa yang dipermudahkan semasa Imam Syafie’ menunut ilmu adalah kerana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah Ta’ala. Dan ini adalah antara latihan yang sedang saya jalani iaitu untuk melatih diri saya bergantung dan berserah diri kepada Allah secara keseluruhan selepas berusaha dan berikhtihar sedaya upaya . Insya Allah semoga latihan saya ini dipermudahkan. Namun, ia tidaklah mudah yang disangkakan kerana miskinnya jiwa saya ini terhadap Allah Ta’ala.

Kini baru saya sedar, walaupun Imam Syafie’ itu miskin orangnya tetapi hatinya sangat kaya dengan Allah. Hidup kemiskinan tetapi hati sangatlah kaya. Dan disebabkan itu hati beliau sentiasa kuat berserah dan bertawakal kepada Allah.

Masalah miskin jiwa inilah yang saya cuba buang dari diri saya kerana ia menyebabkan banyak masalah dalam diri saya. Antaranya:

Ia membuatkan saya khuatir dnegan dunia ini.Ia membuatkan saya berlumba-lumba mengejar dunia.Ia buat saya terlalai dengan dunia.Ia juga membuatkan saya jadikan dunia sebagai tujuan utama kehidupan.

Kesemua perkara di atas ini adalah sangat membimbangkan saya. Kerana mati tidak pernah melupakan saya. Jika saya mati dalam keadaan mengejar dunia ini, maka celakalah saya di akhirat nanti. Peringatan ini adalah untuk anda semua juga supaya jangan menjadi seperti penulis yang dhaif ini.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, saya mengambil jalan penyelesaian untuk bermunajat kepada Allah pada waktu yang paling didengari-Nya. Iaitu pada akhir malam. Di mana manusia kebanyakannya tidur dalam kelalaian.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku-kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Ku-berikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Ku-ampuni‘”

(HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

Namun perlu diingatkan, sifat ‘turun’ dalam hadits di atas jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Kerana sudah tentu berbeza. Yang penting kita mengimani bahawa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, kerana yang berkata demikian adalah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallamdiberi yang tidak pernah bercakap bohong dan digelar Ash shadiqul Mashduq (orang jujur yang disahkan kebenarannya oleh Allah), tanpa perlu mempertanyakan dan membayangkan bagaimana caranya.

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang paling digalakkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang berat lagi karena bersamaan dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu sepertiga malam tersebut untuk berdoa.



Kesimpulannya.

Janganlah anda semua berasa bimbang dengan segala musibah dan ujian yang menimpa anda kerana itu semua adalah takdir Allah dan di antara manfaatnya adalah untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat kita semua. Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih akan semua hamba-Nya yang beriman. Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha, bertawakkal dan berdoa kepada Allah.  Sudah tiba masanya untuk kita menjadi insan yang beriman walau di mana sahaja kita berada dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

(Surah Yunus 10: 62-63)

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...