Amalkan Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah Setiap Hari
Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah Setiap Hari
Al-quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Surah Al Waqi’ah adalah salah satu surat Al Quran yang dikenal sebagai surat penuh berkah dan memiliki banyak khasiat dan keutamaan yang besar. Kebanyakkan antara kita ramai yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki.
Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waaqi’ah(Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا
“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
6. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.
0 comments:
Post a Comment