إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, {99:1}
وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, {99:2}
وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” {99:3}
يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: {99:4}
بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). {99:5}
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. {99:6}
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {99:7}
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! {99:8}
SURAH AL-ZALZALAH
0 comments:
Post a Comment